Tuesday, July 21, 2009

**haiyaaaaaaaaa**

Bonjour....
Smlm Aku cuti....naik je cuti aku dpt biter...so kira nya aku dh trlambat 1 ari la ni....menda ni dh tersebar lama dh di kalangan kami staff2...tp x sangka lak br nk kuar dlm paper...paper tu lak 18/Jul/09...ari Sabtu....time kitorg x kije beb...so x dpt la talk each other...ala2 gossip gitu....ade 3 paper beb....meh aku tempel kt sini ek....walaupun isi ketiga2 akhbar ni sama tp aku tetap nk tempel suma....so layan..........



Harian Metro

MAHKAMAH

Jumaat Julai 17, 2009

Bekas eksekutif perakaunan didakwa pecah amanah lebih RM8 juta

JOHOR BAHARU: Seorang bekas eksekutif perakaunan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 20 pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan lebih RM8.16 juta.

M. Suresh, 38, dari Taman Zamrud di Ulu Tiram, didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 11 Dis 2007 hingga 10 Dis, 2008 semasa bekerja untuk Serimax Welding Services (M) Sdn Bhd di Pasir Gudang.

Dia didakwa memindahkan wang syarikat itu melalui 20 transaksi ke dalam akaun empat syarikat Modus Perintis Sdn Bhd; Shanghai Fortune Machinery Co Ltd; Mac Warners (Singapore) Pte Ltd; China National Electronics Import and Export Shenzen Company.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Suresh didakwa telah memindahkan melalui pemindahan telegraf ke dalam akaun Modus Perintis sebanyak RM15,000 pada 11 Dis 2007; RM120,010 (29 Feb 2008); RM180,000 (11 Mac 2008); RM7,000 (21 April 2008); RM10,000 (20 Mei 2008); RM12,000 (6 Jun 2008); RM400,000 18 (Jun 2008); RM60,000 (4 Julai 2008); RM320,000 (15 Julai 2008); RM10,000 (15 Okt 2008); dan RM30,000 (6 Nov 2008).

Dia juga didakwa memindahkan wang syarikat dengan cara yang sama ke dalam akaun Shanghai Fortune Machinery sebanyak USD50,000 pada 8 Ogos 2008; USD400,000 (14 Ogos 2008); USD420,000 (22 Sept 2008); USD450,000 (20 Okt 2008); USD30,000 (6 Nov 2008); USD30,000 (6 Nov 2008); dan USD375,000 (10 Dis 2008).

Dia juga didakwa memindahkan sebanyak USD120,000 ke dalam akaun Mac Warners pada 14 Dis 2007 dan USD124,000 ke dalam akaun China National Electronics Import and Export Shenzen Company pada 26 Feb 2008.

Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM800,000, iaitu 10 peratus daripada jumlah wang terlibat dalam kes itu.
Bagaimanapun peguam V. Stainislaus yang mewakili Suresh mencadangkan agar mahkamah mengenakan ikat jamin sekitar RM50,000 dan RM60,000 kerana ikat jamin yang diminta pihak pendakwaan adalah terlalu besar.

Hakim Abd Ghafar Ab Latif kemudian membenarkan Suresh diikat jamin RM70,000 dan menetapkan tiga hari dari 3 Jan tahun depan bagi tarikh perbicaraan. BERNAMA



UTUSAN MAYSIA ONLINE

MAHKAMAH

ARKIB : 18/07/2009

Pecah amanah RM8.16 juta

Oleh HANIZA HASSANpengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 17 Julai - Seorang bekas eksekutif akaun syarikat kimpalan antarabangsa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM8.16 juta.

M. Suresh, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Ghafar Abdul Latif.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan tersebut di pejabat Serimax Welding Services (M) Sdn. Bhd. di alamat Warehouse 2D, Jalan Gudang, Free Trade Zone, Johor Port Berhad, Pasir Gudang di sini antara November 2007 hingga Disember tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, dia memindahkan sejumlah wang daripada akaun semasa milik syarikat itu di Public Bank Bhd. ke dalam empat akaun syarikat lain secara berperingkat-peringkat melalui telegraf tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Serimax Welding.

Empat akaun tersebut ialah Modus Perintis Sdn. Bhd., Shanghai Fortune Machinery Co. Ltd., Mac Warners (Singapore) Pte. Ltd., China National Electronics Import dan Export Shenzen Company.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin menawarkan jaminan sebanyak RM800,000 kepada tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, V. Stanislaus memohon jumlah tersebut dikurangkan ekoran anak guamnya kini tidak bekerja selain ibunya sedang sakit.

Katanya, anak guamnya memberikan kerjasama sejak disoal siasat dan selepas siasatan iaitu dengan melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap dua minggu tanpa gagal.
''Anak guam saya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik kini ditanggung oleh kakaknya yang berpendapatan rendah. Selain itu aset dan akaun simpanannya turut dibekukan,'' katanya.

Abdul Ghafar membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan dua orang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 3 Januari tahun depan.
Seramai lapan saksi dijangka dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan.



BERITA HARIAN ONLINE

· NASIONAL

Bekas akauntan mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU: Seorang bekas eksekutif perakaunan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 20 tuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah lebih RM8.16 juta. Tertuduh, M Suresh, 38, dari Taman Zamrud, Ulu Tiram, yang sebelum ini bekerja di Serimax Welding Services (M) Sdn Bhd di Pasir Gudang, dituduh dengan curangnya memindahkan wang syarikat itu ke dalam akaun Modus Perintis Sdn Bhd; Shanghai Fortune Machinery Co Ltd; Mac Warners (Singapore) Pte Ltd; dan China National Electronics Import and Export Shenzen Company. Dia dituduh melakukan transaksi melalui pindahan telegrafik antara 11 Disember 2007 dan 10 Disember 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau denda. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin di depan Hakim Abdul Ghafar Abdul Latif manakala Suresh diwakli peguam, V Stainislaus. Terdahulu, Hashley memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM800,000.

Stainislaus pula memohon mahkamah supaya mengenakan ikat jamin sekitar RM50,000 dan RM60,000 kerana ikat jamin yang diminta pendakwa raya agak besar. Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dan menetapkan perbicaraan 3 Januari 2010.

2 comments:

  1. hmmm.... baru dapat detect ke.... abes duit gaji korang...

    ReplyDelete
  2. dr awal thn lg kitorg dh tau...org tu leh rilex jek brenti kije without dpt kije lain lg...mula2 pelik gak...ye ar zaman skrg suma pakai duit....msk toilet pn kena 20sen...hahaha...ni x dpt kije lg dh brani nk brenti...nk bg anak bini mkn ape??rupa2nya dh songlap duit company...bkn singgit dua hingget...juta tu...gilo tol...busok punya org...

    ReplyDelete