Wednesday, October 28, 2009

Doa Untuk Ayah Dan Ibu....

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Monday, October 26, 2009

KaWaN BaiK



Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yangbaik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedomanoleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik …kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik…!!!!!
-DAN SAYA AMAT MEMERLUKAN KAWAN YG BAIK & BUKAN KAWAN YANG BLH MENGHANCURKAN HIDUP SAYA-

Selamat Hari Ulangtahun Wahai Kawanku...


kepada kawan saya....saya ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun yg ke-25....semoga apa yg diimpikan selama ini menjadi kenyataan.....insyallah.....

Thursday, October 01, 2009

Aktiviti sepanjang cuti

seperti suma sedia maklum...saya tlh mengumumkan bahawasa nya saya bercuti selama 1 minggu... so ape aktiviti saya selain beraya adalah...............



menghabiskan masa utk melangsaikan game G-Force ni....dan akhirnya pada hari raya ke-4 saya telah berjaya melangsaikan misi saya....aribaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........keseronokkan yg amat sgt....so skrg leh la saya membuat kesimpulan...bahawa game ni mmg menguji minda utk saya menyelamatkan bumi dari barang-barang electronic yg terlampau....suma cam tranfomer tau....brg2 electronic tranform jadi robot yang maha bahaya.....
apa pn.....kesungguhan saya telah membuahkan hasil......dan skrg saya tgh concentrate dgn game baru....sabar yer...bila saya dh berjaya menghabiskan misi saya tu saya akan kongsi dgn anda semua........
yiehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku yang sedang seronok......